Bersatu Shah Alam: Perwakilan tolak bubar, gesa lawan penipuan

Bersatu Shah Alam: Perwakilan tolak bubar, gesa lawan penipuan

Bersatu Shah Alam
MOHAMAD Fadzil Ahmad ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan yang menggantikan Persidangan Bersatu Bahagian Shah Alam, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kedudukan Parti Bersatu Bahagian Shah Alam kekal selepas calon Ketua Bahagian, Mohamad Fadzil Ahmad bersama 10 cawangan parti itu dan perwakilan yang hadir pada pertemuan hari ini membatalkan hasrat membubarkannya.

Pembatalan itu dibuat selepas seramai kira-kira 75 perwakilan yang hadir secara sebulat suara menolak keputusan untuk membubarkan Bersatu bahagian berkenaan serta hasrat calon dan ketua-ketua cawangan meninggalkan parti.

Mohamad Fadzil berkata, hasrat untuk kembali meneruskan perjuangan pada pemilihan dalam persidangan bahagian bagi menghapuskan penipuan yang berlaku seperti mesyuarat pertama 2 November lalu.

“Belum dimaklumkan, tiada tarikh, benda itu akan tergantung sampai bila, kita tidak pasti. Tetapi, di pihak saya, kita akan cuba membuat susulan lanjutan. Tak ada makluman perkembangan daripada pimpinan pusat berkenaan siasatan.

“Kami memohon ibu pejabat menyiasat kotak undi yang pertama sebelum membuat keputusan disiplin kepada individu yang mengatakan mesyuarat itu ada penipuan terhadap kotak undi yang pertama,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar selepas pertemuan tersebut.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Bersatu Bahagian Shah Alam akan terbubar selepas perwakilan dan anggota daripada kesemua cawangan menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti, pada malam tadi.

Tindakan tersebut hendak diambil selepas mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) menangguhkan sekali lagi persidangan Bersatu bahagian berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada hari ini.

Dalam pemilihan yang masih belum selesai itu, Bersatu Bahagian Shah Alam menyaksikan pertembungan antara Mohamad Fadzil dengan Mohd. Idris Abdul Halim bagi merebut jawatan Ketua Bahagian.

Dalam pada itu, Mohamad Fadzil menegaskan, beliau yakin sokongan yang diperolehinya dalam pemilihan 2 November lalu adalah sah yang turut disokong dengan akuan bersumpah (SD) daripada 79 perwakilan berdasarkkan 128 perwakilan hadir pada tarikh tersebut.

“Perwakilan ada 160, daripada yang hadir pada mesyuarat 2 November lalu ada 128, perwakilan yang berada di pihak saya ada 105 orang.

“SD selepas berlaku kekecohan tempoh hari, saya buat keputusan untuk mengambil akuan bersumpah melalui perwakilan, alhamdulillah saya ada 79 SD perwakilan yang mengatakan sokongan pada hari berkenaan menyatakan kembali sokongan kepada saya berbanding calon-calon yang lain.

“Dari situ kita sudah nampak, pada mesyuarat pertama, kemenangan itu berada di pihak saya, tetapi berlaku siri penipuan berlaku dan sampai sekarang terpaksa kita menunda mesyuarat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya