UMNO Perlis ada cara sendiri kembalikan sokongan rakyat - Utusan Malaysia

UMNO Perlis ada cara sendiri kembalikan sokongan rakyat

ROZABIL ABD. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: UMNO negeri tidak perlu lantang dalam beberapa isu berbangkit biarpun terdapat kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai strategi dan cara sendiri dalam meraih semula sokongan rakyat.

Beliau berkata, UMNO lebih mengutamakan politik kebajikan dengan turun ke bawah bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Walaupun ada beberapa isu berbangkit namun keutamaan kita adalah untuk terus turun ke bawah dalam menerangkan misi kita dan membantu rakyat.

“Ramai tanya kenapa saya tak lantang, namun satu benda kita perlu sedar adalah Perlis ini negeri kecil yang hanya ada lebih 200,000 orang penduduk saja, dan kalau satu isu nak dibawa pun tak perlu jerit sana sini,” katanya selepas Konvensyen BN Perlis 2024 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rozabil berkata, buat masa ini, UMNO menerima maklum balas positif daripada rakyat khususnya peringkat bawah yang turut membuat perbandingan dengan pentadbiran kerajaan negeri pada masa ini.

Katanya, tempoh masa menjelang Pilihan Raya Umum Ke 16 (PRU16) juga masih panjang dan semua ahli perlu meneruskan usaha bagi mendekati serta membantu seramai mungkin rakyat.

“Dengan gerak kerja yang baik ini diharapkan agar rakyat dapat kembali semula memberi sokongan kepada UMNO dan BN,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rozabil berkata, rakyat negeri ini juga masih menantikan pelaburan ekonomi yang telah dibawa ke Perlis oleh kerajaan PN.

Katanya, beberapa pengumuman projek oleh kerajaan negeri sebelum ini adalah merupakan pelaburan infrastruktur awam yang mana peruntukannya adalah daripada kerajaan Persekutuan.

“Di mana tindakan kerajaan negeri dalam bawa pelaburan besar dari luar untuk sumbang semula kepada peluang ekonomi negeri. Banyak memorandum persefahaman (MoU) dah ditandatangani tapi akhirnya sampai sekarang tak ada apa lagi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya