Tiada pemilihan jawatankuasa, bukti DAP Melaka stabil

Tiada pemilihan jawatankuasa, bukti DAP Melaka stabil

ANTHONY Loke Siew Fook hadir merasmikan Konvensyen Biasa DAP Melaka Kali Ke-21 di sebuah restoran di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kesemua 15 calon dalam Pemilihan Jawatankuasa DAP Melaka hari ini menang tanpa bertanding, yang mana situasi itu merupakan kali kedua berlaku sejak 2021, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Anthony berkata, pertandingan tidak berlaku selepas semua calon mencapai persefahaman agar tiada pertandingan pada pemilihan kali ini.

Ujarnya, ahli-ahli DAP Melaka juga bersetuju dengan keputusan itu dan 15 nama yang dicadangkan termasuk empat muka baharu bakal membentuk jawatankuasa terkini.

“Sepatutnya konvensyen ini ada pemilihan tetapi ahli akar umbi DAP mengambil ketetapan tidak ada pertandingan membabitkan 15 calon yang dicadangkan.

“Persefahaman ini dicapai buat kali kedua berturut-turut pada pemilihan jawatankuasa negeri dan ini adalah keputusan yang tepat.

“Sebelum ini DAP Melaka pernah berpecah kepada lima kumpulan, namun sekarang ini situasi itu tidak berlaku lagi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Melaka Kali Ke-21 di sebuah restoran di sini, hari ini.

Tambah Anthony, selepas ini mesyuarat pertama Jawatankuasa DAP Melaka akan memilih pucuk pimpinan baharu dalam kalangan 15 calon yang dicadangkan.

Jelasnya, perkara sedemikian dianggap perkembangan positif kerana DAP Melaka pernah melalui tempoh persaingan sengit sehingga mewujudkan perpecahan.

“Kita akan tahu siapa pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta jawatan-jawatan lain yang akan diisi termasuk empat muka baharu dipilih kali ini. Saya serahkan kepada pucuk pimpinan baharu untuk menentukan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya