PETALING JAYA: Bekas Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz secara rasmi dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Manakala bekas Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun dilantik sebagai Bendahari Agung parti itu.
Perlantikan tersebut dibuat dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu petang tadi yang dipengerusikan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimaklumkan menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.
Rina sebelum ini tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi bagi pemilihan Bersatu 2024-2027 dan Tun Faisal yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya dipecat daripada parti itu tahun lalu.-UTUSAN