PH-UMNO akan terus bekerjasama dalam PRU akan datang

PH-UMNO akan terus bekerjasama dalam PRU akan datang

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Pakatan Harapan (PH) bakal meneruskan kerjasama dengan UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, beliau telah melihat kemungkinan dalam beberapa pilihan raya baru-baru ini bahawa sukar bagi mana-mana parti untuk menguasai majoriti agak selesa bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Kalau pun ada kemungkinan, majoriti itu terlalu kecil dan tidak menyebabkan kerajaan itu stabil.

“Sejak dua tahun lalu, Malaysia dianggap antara negara paling stabil (hasil kerjasama PH-BN) yang menyebabkan negara luar memberikan perhatian.

“Saya fikir, wajar kita cari jalan untuk teruskan kerjasama antara PH-BN, itu yang utamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab sempena Program Sesi Temu Bersama Anwar di Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea di Jalan Baru di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kekuatan Malaysia dapat dilihat apabila permohonan untuk menyertai BRICS (Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan) baru-baru ini diterima dengan mudah.

Katanya, beliau sendiri dimaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Russia, Vladimir Putin itu berlangsung dengan mudah malah permohonan Malaysia disokong kuat oleh  China dan India.

“Ini kerana Malaysia mempunyai potensi, kedudukan strategik dan kita berkawan dengan semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar memaklumkan bakal memperkenalkan undang-undang lebih tegas untuk menangani isu buli siber yang semakin berleluasa.

Katanya, ia bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

“Kita perkenalkan undang-undang buli siber yang lebih tegas dan akan diumumkan dalam sidang Parlimen nanti.

“Saya minta badan-badan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ambil tindakan semaksimum mungkin, jangan ada tolak ansur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya