Kah Leong terajui DAPSY ganti Kelvin Yii

Kah Leong terajui DAPSY ganti Kelvin Yii

DAPSY
NGA Kor Ming berjabat tangan dengan Woo Kah Leong (dua, kiri) dan bekas Ketua DAPSY, Kevin Yii Lee Wuen (tiga, kiri) dan Howard Lee Chuan How (kanan) selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan DAP 2024 di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD ATHIR ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong diumum sebagai ketua baharu Pemuda Sosial DAP (DAPSY) bagi sesi 2024 – 2027 menggantikan Kelvin Yii Lee Wuen dalam Konvensyen Kebangsaan DAPSY 2024, hari ini.

Peralihan itu diumumkan oleh Ketua Jawatankuasa Pemilihan, Teh Jian Piang yang memberitahu pemilihan Kah Leong adalah sebulat suara dibuat oleh kesemua 86 bahagian DAPSY di seluruh negara.

Malah, menurutnya, keseluruhan jawatankuasa DAPSY turut diumum menang selepas kesemuanya turut dipilih menerusi sebulat suara dan jumlah calon yang bertanding bagi setiap jawatan termasuk naib ketua memenuhi kuotanya.

Jawatankuasa sayap komponen Pakatan Harapan (PH) itu kini dibarisi ADUN Balakong, Ong Chun Wei sebagai timbalan ketua, Pegawai Khas Ahli Parlimen Sandakan, Tang Szu Ching; G. Annun Nancy, S. Liinesh dan Raja Ahmad Iskandar Fareez sebagai naib ketua serta Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Lim Chun Weng sebagai Setiausaha.

Sementara Majlis Eksekutif Kebangsaan (MEK) pula dibarisi ADUN Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao; ADUN Tronoh, Steven Tiw Tee Siang; ADUN Pasir Pinji, Goh See Hua; ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang; Ahli Dewan Negara, Senator Roderick Wong Siew Lead dan Setiausaha Politik Hannah Yeoh, Yap Yee Vonne.

Turut terpilih, Pegawai Khas Timbalan Menteri Komunikasi, Nursyaheera Abd. Ghafar; Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, M. Kusaaliny dan Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Wong Yau Liang.

Selain itu, Lim Shu Chzen, Heng Sue Yeen, Lim Zheng Han, Loh Wei Jian, NC Oneal Veneddey Vencent dan Tan Kim Ping juga dipilih membarisi MEK.

Terdahulu, konvensyen yang diadakan setiap tiga tahun itu dihadiri seramai 350 perwakilan dan ahli dari seluruh negara.

Sementara itu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming berkata, pemilihan yang dibuat secara sebulat suara itu dianggap sebagai keputusan yang bijak bagi mengelak perpecahan di dalam kepemimpinan DAPSY.

“Tiap-tiap tiga tahun ada sekali pemilihan DAPSY, lepas pilih ada puak-puak, ada pula sedikit ketidakharmonian, ada ketua yang kuat tetapi barisan yang lemah, ada barisan yang kuat tetapi ketua yang lemah. Macam-macam ada masalah.

“Tetapi, hari ini kita lihat semangat kebersamaan, itulah kebijaksanaan. Bila kita pastikan hari ini, 86 bahagian DAPSY, sebulat suara memilih satu pasukan berbilang kaum, ketuanya Woo Kah Liong. Itulah semangat Malaysia Madani,” katanya ketika berucap pada perasmian konvensyen tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya