RMK13: Melaka mohon RM400 juta, panjangkan landasan

RMK13: Melaka mohon RM400 juta, panjangkan landasan LTAM

LTAM di Batu Berendam, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri berhasrat menambah panjang landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) kepada 2,665 meter, tidak termasuk rezab 700 meter bagi jalur landasan (runway strip), kawasan keselamatan hujung landasan (runway end safety area) dan pencahayaan lapangan terbang (airfield ground lighting) dengan anggaran kos sebanyak RM400 juta.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pemanjangan landasan daripada 2,133 meter kepada 2,665 meter itu bertujuan membolehkan LTAM mengendalikan penambahan enam jenis pesawat kod C tanpa had atau kekangan.

Ujarnya, ia termasuk pesawat B738 dan A320 yang banyak diguna pakai kebanyakan syarikat penerbangan masa kini.

“Pemanjangan landasan ini dilihat bakal memberi limpahan pertumbuhan penumpang udara di Melaka sebanyak enam hingga lapan peratus setahun.

“Pada 23 Oktober lalu, Melaka telah menyambut penerbangan sulung daripada syarikat penerbangan milik Singapura iaitu Scoot Airlines.

“Selepas ini ruang udara Melaka akan kembali sibuk kerana menerima lima kali seminggu penerbangan Singapura ke Melaka yang memberi lembaran baharu untuk meningkatkan akses antarabangsa ke Melaka,” katanya pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Banda Hilir di sini, hari ini.

AB. RAUF Yusoh ditemui pada Sesi Libat Urus RMK13 di Banda Hilir, Melaka.

Tambah Ab. Rauf, Statistik Laporan Ekonomi dan Sosial Negeri Melaka oleh Jabatan Perangkaan mencatatkan ekonomi negeri berkembang sederhana iaitu sebanyak tiga peratus pada 2023 dengan merekodkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM46.9 bilion.

Jelasnya, sektor perkhidmatan kekal mendominasi ekonomi Melaka dengan menyumbang sebanyak 51.2 peratus bersamaan RM24 bilion, diikuti sektor pembuatan dan pertanian yang masing-masing menyumbang 36.1 peratus dan 10.3 peratus.

“Momentum ini terus diperkukuh dengan mencatatkan kadar inflasi negeri pada paras terkawal iaitu 2.4 peratus selari dengan kadar nasional iaitu pada paras 2.5 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya