Norhizam akui sertai Bersatu, bertanding pemilihan bahagian

Norhizam akui sertai Bersatu, bertanding pemilihan bahagian

NORHIZAM Hassan Baktee ketika ditemui di Baitul Tariq, Klebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mengesahkan telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan bakal bertanding dalam pemilihan salah satu bahagian di Melaka.

Meskipun enggan mendedahkan jawatan ditandingi serta bahagian yang disertai, sumber memaklumkan, bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu bakal berentap dalam pemilihan Jawatankuasa Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya.

Norhizam berkata, pengumuman berkenaan perkara itu akan dilakukan selepas selesai proses pemilihan pada 2 November ini.

“Sekarang ini siapa yang boleh bela nasib orang Melayu, bangsa Melayu parti mana? Parti itu lah kita pergi. Kita semangat Melayu tentu ada, sebab itu keluar DAP, kita bebas. Sudah bebas baru kita masuk parti. Jangan orang kata kita lompat, tiada istilah lompat.

“Bila jadi ahli? Itu sorok-sorok, tak boleh beritahu. Tunggulah 2 November ini insya-Allah,” katanya ketika ditemui di Baitul Tariq, Klebang di sini, semalam.

Pada September lalu, Utusan Malaysia melaporkan, setelah hampir tiga tahun menyepi daripada arena politik berikutan gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November 2021, Norhizam mengesahkan akan kembali aktif.

Norhizam yang cukup dikenali dengan pelbagai gelaran antaranya ‘YB Viral’ dan ‘Aku YB ke kau YB’ membuat kemunculan pertamanya atas pentas Perikatan Nasional (PN) di Kampung Bertam Ulu bersama bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Norhizam berkata, beliau dipelawa oleh Mohamad Ali untuk memperkukuhkan PN di Melaka terutamanya di Pengkalan Batu yang pernah dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya