DUN Balakong ada Ong Chun Wei

DUN Balakong ada Ong Chun Wei

WAYNE melawat tapak dan berbincang kerja-kerja menaik taraf jalan dan perparitan di sekitar Taman Perindustrian Balakong Jaya yang bakal bermula tidak lama lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMERHATI rupa paras Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wayne Ong Chun Wei, mungkin ramai beranggapan beliau wakil rakyat DAP paling muda kerana memiliki ‘wajah bayi’ (baby face) gabungan ciri-ciri remaja.

Hakikatnya tidak begitu. Wayne sudah berumur 35 tahun, namun beliau baru mewakili suara pengundi DUN Balakong selepas menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Steven Lai Choon Wen dengan 37,832 majoriti undi.

Mingguan Malaysia mengikuti beliau dalam beberapa program separuh hari, melihat cara beliau bekerja, mendekati dan menyantuni komuniti di kawasan itu.

Jelas terpampang bagaimana Wayne disambut penuh aura positif dan keterbukaan. Tidak perlu pun kalungan bunga, hiasan reben dan karpet merah untuk mengalukan kedatangannya, cukup sekadar beliau mendasari masalah rakyat dan hadir dengan jalan penyelesaian jangka masa panjang.

BIODATA
Nama: Wayne Ong Chun Wei
Umur: 35
Pendidikan:
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Ijazah Sarjana Sains Sosial (Sains Politik), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Penggal DUN: 1
Kerjaya dan pengalaman:
• (2022-kini) Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan
• (2022-kini) Ketua DAPSY Selangor
• (2016-2018) Ahli Majlis
Perbandaran Sepang
• (2013-2023) Setiausaha
Kanan kepada Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan
Negeri Selangor
merangkap ADUN Kinrara,
Ng Sze Han
Status: Berkahwin

Di Balakong, kata Wayne, kawasannya juga mempunyai masalah tersendiri dan beriltizam membantu sepenuh kudratnya sehingga urus tadbir Balakong seperti dirancang.
“Saiz kawasan DUN Balakong amat besar dan pengundinya sekitar 104,000 dan setiap kawasan di dalamnya juga mempunyai keperluan berbeza. Jadi, saya harus kerap turun padang berjumpa dengan masyarakat.

“Biasanya, setiap kali sebelum program selesai, saya mengambil peluang untuk bercakap dengan pendudukan dan mereka pula memberi teguran dan cadangan untuk menambah baik apa yang perlu.

“Sebagai wakil rakyat, tanggungjawab saya mencari dana daripada kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan. Tahun lalu, saya banyak buat projek menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan awam seperti sistem perparitan dan sebagainya,” katanya.

 

Beliau terdahulu hadir Program Seminar Kesihatan Warga Emas dan Dewasa anjuran Persatuan Kebun Bandar Komuniti Suasana Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Jualan Ehsan Rahmah di Jalan Sepakat Indah 3 dan pemberian bakul makanan di Kajang, baru-baru ini.

Kata Wayne, disebabkan Balakong adalah kawasan tertumpu kepada sektor perindustrian, beliau mahu menghidupkan kitaran ekonomi di kawasan itu menyaksikan pemain industri menawarkan peluang pekerjaan dan pendapatan tinggi kepada anak muda.

“Saya mahu golongan muda tidak perlu ke luar kawasan untuk mencari pekerjaan. Duduk sahaja di Balakong kerana kawasan ini juga dapat membantu mereka menyara hidup.
“Saya juga akan kerap turun padang ke setiap kawasan dengan menguar-uarkan insentif kerajaan Selangor kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

MENGAPA SERTAI DAP?

Wayne memberitahu, beliau menyertai DAP 10 tahun lalu ketika melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mengkaji keberkesanan dasar-dasar kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan).

Katanya, pencapaian cemerlang gabungan politik itu mentadbir Selangor menggerakkan hatinya untuk bersama DAP bermula dengan menjalani latihan industri bersama parti itu.

“Saya teruja melihat cara pemimpin parti bekerja, mendengar suara rakyat dan sentiasa cuba yang terbaik. Dasarnya pun adil untuk semua orang walaupun dikatakan DAP didominasi kaum Cina sahaja. Tetapi, ia tidak benar,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya