Belia penentu masa depan Melaka

Belia penentu masa depan Melaka

AB. RAUF Yusoh berucap merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri komited dalam memberi keutamaan dan perhatian kepada 398,000 belia daripada keseluruhan 955,000 penduduk Melaka yang akan menjadi penentu masa depan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pelbagai inisiatif dan program diatur bagi melahirkan generasi belia yang berdaya tahan serta mampu memajukan negara terutama Melaka.

Menurutnya, beliau menekankan tiga perkara iaitu menguasai ilmu pengetahuan serta kemahiran, memupuk nilai patriotisme bagi memperkukuh kesetiaan kepada negara dan memperkasa gerak kerja strategik.

“Kita tahu, era dan revolusi bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut kepada pendekatan yang penuh kreatif dan inovatif dalam berkomunikasi dengan mereka. Saya menyeru kepada semua agensi kerajaan yang berurusan dengan golongan belia untuk mengkaji semula pendekatan mereka. Kita sewajarnya cuba memahami apakah cita rasa golongan ini.

“Kita perlu lebih akomodatif dan prihatin kepada citra mereka. Turunlah padang dan dengarlah suara-suara belia akar umbi dan tidak sekadar menunggu mereka untuk datang berjumpa dengan kita,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri 2024 di Ayer Keroh di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya