MELAKA: Barisan kepemimpinan dan ahli UMNO di Melaka perlu menelan kenyataan bahawa mereka tidak memiliki sebarang kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), meskipun menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO Melaka perlu rasional dalam mendepani realiti politik pada ketika ini dan diingatkan agar tidak ‘syok sendiri’. “Kita harus bersandar pada kenyataan dalam PRU15 tidak ada satu kerusi Parlimen pun yang kita menang. Ini senario yang kita ada sekarang. “Meskipun ada kawan-kawan kita dalam komponen Kerajaan Perpaduan ini memegang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya