ALOR GAJAH: Trend kemenangan Pas menawan Kelantan sejak 1990 kerana para pengundi memilih parti dan bukannya calon, tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 17 Ogos ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, disebabkan trend sedemikian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal meletakkan calon di situ tidak berani menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mempertaruhkan lambang Pas. Menurutnya, DUN Nenggiri di bawah Parlimen Gua Musang amat berbeza daripada kerusi-kerusi lain di negeri itu, bersandarkan ketokohan Tengku Razaleigh Hamzah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya