MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), timbalan Exco dan penjawat awam negeri sepanjang setahun pentadbirannya. Kata beliau, ini kerana segala perancangan direncanakan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada 31 Mac tahun lalu dapat direalisasikan dengan cemerlang. “Saya menzahirkan penghargaan kepada semua Exco, timbalan Exco yang telah menyumbang merealisasikan aspirasi yang saya ilhamkan untuk memajukan Melaka. Mereka adalah yang terbaik bagi saya dan mereka jugalah pemangkin kepada kejayaan dalam memimpin sebuah negeri. “Terima kasih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya