MELAKA: Rakyat perlu membuat perubahan sikap dan minda dengan mengabaikan hal-hal bersifat ‘titik bengik’ atau remeh, sebaliknya memusatkan perhatian kepada lapangan sains, matematik termasuk jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, selaras dengan keperluan pelabur yang berminat melabur di Malaysia dalam bidang teknologi maklumat, digital, kejuruteraan dan semikonduktor, ia dijangka melahirkan kira-kira 30,000 peluang pekerjaan sebagai jurutera. Kata Anwar, justeru tumpuan berkaitan peluang itu harus diberikan perhatian sewajarnya oleh ibu bapa dan generasi muda termasuk anak-anak Melayu. “Maka tumpuan kepada ibu bapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya