MELAKA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mempertahankan tindakan dan kelantangan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung gesaan memboikot rangkaian kedai serbaneka milik KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. (KK Super Mart) yang terpalit isu penjualan stoking tertera kalimah Allah. Ketua Menteri Melaka itu berkata, kelantangan Muhamad Akmal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri adalah mewakili perasaan umat Islam negara ini yang terguris dengan perkara itu. Tegasnya, hal sedemikian sepatutnya tidak berlaku memandangkan rakyat pelbagai kaum di negara ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya