Banyak perjanjian berat sebelah, Melaka buat rombakan

Banyak perjanjian berat sebelah, Melaka buat rombakan besar-besaran

AB. RAUF Yusoh berucap dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di MITC Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Banyak perjanjian berat sebelah serta tidak melindungi kepentingan kerajaan negeri yang dimeterai sebelum ini akhirnya menjadi liabiliti kepada kerajaan negeri, dedah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Ab. Rauf berkata, kerajaan negeri akan melakukan rombakan besar-besaran terhadap semua agensi kerajaan negeri dalam masa terdekat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan polisi ditetapkan sebelum ini.

Tegasnya, rombakan yang dibuat adalah berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap penjawat awam manakala budaya kerja lama seperti bertangguh, tidak teliti dan kekurangan sense of belonging kepada kerajaan negeri tidak sepatutnya menjadi amalan.

“Penjawat awam kena bekerjasama dengan kepemimpinan negeri untuk pastikan kelancaran pelaksanaan polisi-polisi yang telah kita tetapkan. Kita tidak mahu ia sekadar menjadi slogan pada dinding, pintu kereta atau di surat rasmi saja.

“Ia mesti dilaksanakan sepenuh hati dan rombakan ini amat perlu (dilaksanakan) sebagai usaha memajukan Melaka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, beliau belum pernah melakukan sebarang rombakan melibatkan ketua jabatan atau agensi kerajaan negeri sepanjang sembilan bulan menerajui pentadbiran.

Menurutnya, beliau hanya membiarkan dan memerhatikan setiap penjawat awam melakukan kerja mengikut cara masing-masing.

“Pada 2024 ini saya mahu semua penjawat awam negeri melakukan anjakan paradigma dengan mengubah cara berfikir, bertindak dan bekerja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya