Syed Saddiq masih Ahli Parlimen Muar

Syed Saddiq masih Ahli Parlimen Muar

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal sebagai Ahli Parlimen Muar sehingga keputusan rayuan terhadap hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua kali sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi kelmarin diketahui.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar Perlembagaan, Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, syarat hilang kelayakan ahli Dewan Rakyat termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan yang mana jika dikekalkan kesalahan oleh Mahkamah di Persekutuan atau tidak mendapat pengampunan.

Menurut beliau, di bawah peruntukan itu, seseorang ahli parlimen hilang kelayakan jika dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000.

RAYUAN

“Syed Sadiq boleh merayu ter­hadap hukuman sehingga pe­ringkat rayuan tertinggi dan juga mengemukakan petisyen pengampunan.

“Rayuan tersebut perlulah dikemukakan mengikut tempoh yang dibenarkan. Syarat hilang kelayakan ahli Dewan Rakyat termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan,” katanya semalam.

Kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan ke atas Syed Saddiq yang didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk me­nyalahguna dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.

Presiden Parti Ikatan De­mokratik Malaysia (Muda) yang berumur bawah 50 tahun itu menjadi wakil rakyat pertama diperintah menjalani hukuman sebat atas kesalahan jenayah kolar putih iaitu bersubahat melakukan pecah amanah dan salah guna harta.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Syed Saddiq menangguhkan ­pelaksanaan semua hukuman dengan syarat jaminan dikekalkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fauzi berkata, kedudukan tersebut berbeza untuk calon pilihan raya yang hilang kela­yakan untuk bertanding menurut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau, mereka perlu mendapat pengampunan bebas kerana terdapat sekatan tempoh selepas menjalani hukuman.

“Seseorang yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tidak boleh menjadi calon, di­pilih atau dilantik untuk Majlis Parlimen.

“Hilang kelayakan Syed Sad­diq berkuat kuasa selepas luput tempoh 14 hari selepas hukuman itu dijatuhkan, ke­cuali dia merayu, manakala bagi seorang calon pilihan raya yang dijatuhkan hukuman mengikut Perkara 48, dia tidak layak bertanding sehingga dilepaskan dan tertakluk pada tempoh sekatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya