Sekat fahaman ekstrem, jadikan asia barat sebagai contoh

Sekat fahaman ekstrem, jadikan Asia Barat sebagai contoh

MOHAMAD Sabu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Rakyat Johor perlu menjadi batu penghalang fahaman ekstrem terus menular dalam negara ini kerana ideologi berkenaan mampu mengganggu-gugat keamanan dan kemajuan Malaysia.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, banyak negara di Asia Barat boleh dijadikan contoh apabila mereka menggunakan pelbagai fatwa dalam kehidupan bermasyarakat sehingga menyebabkan negara itu miskin serta ketinggalan daripada arus pembangunan.

Katanya, sebagai rakyat bertamadun yang mahukan kemajuan, fahaman ekstrem harus ditolak supaya tidak menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dalam negara ini.

“Alhamdulillah, perbezaan pandangan dalam politik di negara ini tidak menjadi permasalahan dan jika dilihat dalam laman media sosial sekarang ini amat membimbangkan apabila penuh dengan kenyataan-kenyataan ekstrem.

“Atas sebab itulah kita tidak mahu fahaman-fahaman terlalu ekstrem ini memasuki mana-mana tempat di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Kelompok Pakatan Harapan (PH) di Dewan Terbuka Taman Desa di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, bekas Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, Najib Lep daripada Pas mengumumkan penyertaannya dalam Amanah malam tadi. Borang keahlian diserahkan kepada Mohamad selepas ceramah kelompok selesai.

Tambah Mohamad, Amanah mengalu-alukan penyertaan Najib dan berharap beliau dapat menyumbang kepada pemerkasaan dan memperkuatkan parti.

Najib merupakan satu-satunya wakil rakyat Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebelum dibubarkan pada 22 Januari 2022 bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Pada PRN Johor, Pas menggugurkan keahlian Najib selepas beliau bertanding sebagai calon Bebas, berikutan namanya tidak disenaraikan sebagai calon. Bagaimanapun pada Oktober 2022, Najib dilaporkan menyertai UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya