Longkang tak diselenggara, punca banjir kilat Simpang Jeram

Longkang tak diselenggara, punca banjir kilat Simpang Jeram

S. Jeganathan menunjukkan keadaan parit di beberapa kawasan di Simpang Jeram, Muar, Johor yang didakwa tidak diselenggara sejak sekian lama. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Kegagalan pihak berwajib menyelenggara perparitan di laluan air utama di Simpang Jeram di sini menjadi salah satu punca utama berlakunya banjir kilat setiap kali hujan lebat.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, S. Jeganathan berkata, ini kerana banyak tali air, longkang dan parit tidak dilakukan penyelenggaraan mengikut jadual sepatutnya.

“Jika dikatakan kegagalan penyelenggaraan berlaku akibat daripada daripada kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram adalah tidak benar, kerana ia baharu sahaja berlaku kira-kira sebulan lalu.

“Hasil daripada tinjauan jelas menampakkan bahawa tumbuhan yang tumbuh, selain kerosakan sudah berlaku sejak hampir setahun dan menampakkan pihak berkaitan tidak mengambil peduli masalah dihadapi rakyat.

“Oleh yang demikian, bagi mewakili penduduk di kawasan Simpang Jeram ini, saya mengharapkan tindakan perlu dilakukan bagi menyelenggara semua sistem perparitan di kawasan DUN ini agar tiada lagi masalah banjir berulang,” katanya.

Tambah Jeganathan, aduan sudah dibuat berulang kali kepada pihak berkaitan namun masih tiada tindakan dilakukan.

Ujarnya, situasi itu bukan sahaja menyebabkan banjir kilat, namun turut menyumbang kepada peningkatan jumlah demam denggi yang secara tidak langsung mengancam keselamatan penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya