Kerajaan hari ini takut suara rakyat - Muhyiddin

Kerajaan hari ini takut suara rakyat – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin (kiri) berbual dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Ceramah Mega PN di Markas Pas Bakri, Muar, Johor. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim takut dengan suara rakyat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ketakutan itu jelas apabila mereka menyekat media sosial yang digunakan untuk menyatakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan hari ini.

“Kenapa perlu ada sekatan terhadap penggunaan media sosial, malah ada ketika dikatakan polis akan datang ke rumah jika memuat naik perkara berkaitan kerajaan. Semua ini tidak pernah berlaku ketika pentadbiran saya, rakyat nak marah atau tidak suka dengan Perdana Menteri, tak apalah,” katanya dalam Ceramah Mega PN di Markas Pas Bakri di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mendakwa, orang Melayu di negara ini berada dalam situasi terancam kerana tidak menguasai kerajaan.

Ujarnya, walaupun dikatakan sebagai Kerajaan Perpaduan, namun setiap parti di dalamnya mempunyai pandangan dan ideologi berbeza.

“Atas sebab itu, kita perlukan satu kuasa untuk mentadbir negara kerana melaluinya hanya satu pandangan dan ideologi yang dicetuskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya