MUAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratus pengundi keluar mengundi bagi undi biasa sehingga pukul 5 petang adalah 59 peratus bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Jumlah keluar mengundi dalam PRK Parlimen Pulai pula telah melepasi paras 45 peratus.
Berdasarkan data terkini dikeluarkan SPR semalam, Pulai mempunyai 165,509 pengundi manakala Simpang Jeram 40,301 pengundi.
PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang merupakan wakil rakyat di kedua-dua kerusi itu. – UTUSAN