‘Sayang nak tinggal DAP, takut kalah pilihan raya’

‘Sayang nak tinggal DAP, takut kalah pilihan raya’

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram menjadi pentas sebenar buat Pas dan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) beradu kekuatan dan membuktikan sokongan pengundi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam program pertamanya berkempen di DUN berkenaan malam tadi, secara terbuka menyingkap kisah silam krisis dihadapi parti itu sehingga berakhirnya Pakatan Rakyat (PR) dan melahirkan Amanah.

Abdul Hadi berkata, bekas kepemimpinan Pas yang meninggalkan perjuangan parti untuk bersama DAP dan Pakatan Harapan (PH) berbuat demikian kerana berasa risau bakal kalah pilihan raya andai bersendirian.

“Terdapat kalangan Pas yang lemah semangat, yang lemah semangat dan sayang nak tinggalkan DAP. Takut tak menang pilihan raya.

“Yang takut tak menang itu yang masuk parti Amanah ini dan yang ikut parti Amanah ini kerana nak menang pilihan raya. Sanggup meninggalkan prinsip dasar perjuangan,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Markas Pas Kawasan Bakri di sini.

PRK DUN Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru selepas seorang calon Bebas, S. Jeganathan mengemukakan kertas penamaan di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, semalam

PN mempertaruhkan Dr. Mohd. Mazri Yahya manakala PH mencalonkan Ir. Nazri Abdul Rahman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya