PRN: Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor ditutup sementara Sabtu ini

PRN: Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor ditutup sementara Sabtu ini

URUS niaga akan tutup sementara pada Sabtu ini bagi membolehkan peniaga di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan mengundi-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Urusan jual beli di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor, di sini akan ditutup pada sebelah pagi untuk memberi laluan kepada peniaga untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Setiausaha Majlis Daerah Tumpat (MDT), Mohd.  Azwan Ab.  Rahman berkata, perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada semua peniaga termasuk pihak yang terlibat di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

“Waktu operasi perniagaan ini akan dibuka semula pada pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang sebagaimana hari-hari biasa.

“Notis itu selari dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),”  katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Azwan memberitahu, perkara tersebut turut dimaklumkan kepada pihak Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya