Hasnul bawa tugas majukan Morib - Utusan Malaysia

Hasnul bawa tugas majukan Morib

HASNUL BAHARUDDIN
HASNUL BAHARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

PEMILIHAN bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), HASNUL BAHARUDDIN sekali lagi sebagai calon DUN N.53 Morib mewakili Pakatan Harapan (PH) menjadi pertikaian ahli parti kawasan, namun kemelut itu dilupakan demi mempertahankan kerusi itu bagi penggal seterusnya sejak Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Bersama wartawan, ABDUL RAZAK IDRIS, Hasnul berkongsi pengalaman sebagai ADUN Morib yang selalu dimomok oleh parti lawan dengan pelbagai persepsi negatif hasil penilaian bersifat luaran tanpa mengetahui kisah sebenar.

 

UTUSAN: Adakah benar dakwaan mengatakan tiada idea signifikan untuk kawasan pelancongan tersebut dimajukan di Morib?
HASNUL: Apa sahaja pandangan orang kepada saya bukan satu beban, kerana pengundi di Morib melihat sumbangan saya secara menyeluruh selama dua penggal. Saya mempunyai idea jangka pendek dan panjang untuk menjadikan Morib pintu masuk untuk pelancong dan pedagang luar masuk ke negeri ini.

Bagaimana melihat potensi Morib untuk dimajukan dengan pelbagai projek yang memberi manfaat kepada penduduk tempatan?
Projek pemuliharaan Pantai Morib bernilai RM45 juta selalu disebut semasa kempen kerana pembangkang kata saya tiada idea. Saya ingin nyatakan, projek tersebut akan dilaksanakan tidak lama lagi. Apabila siap, ia boleh dimajukan menjadi tempat tumpuan pelancong domestik dan luar negara.

Projek ‘Kelanang Harbour & Aquatic Township Centre’, adakah ia sekadar kempen PRN untuk meraih undi atau sememangnya disusun sekian lama?
Perancangan rapi lama dilakukan dengan pihak perunding untuk kita wujudkan kertas kerja yang lengkap. Projek tersebut melibatkan pembinaan bangunan komersial,bandar nelayan, universiti, pusat perubatan, taman tema air, pelabuhan kapal mewah dan sebagainya.

Isu Rumah Selangorku di Morib hangat diperkatakan, apakah jalan penyelesaian yang terbaik untuk ia diselesaikan?
Sebagai wakil rakyat di sini soal rumah menjadi keutamaan dan setakat ini kes projek perumahan terbengkalai tersebut mendapat perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), insya-allah ada cahaya di hujung terowong.

Apa projek perumahan lain di DUN Morib?
Sebanyak 450 unit rumah mampu milik akan dibina di Kampung Sawah di kawasan 18 hektar dan ia telah dibincangkan dengan pihak Menteri Besar Diperbadankan (MBI). Dakwaan mengatakan saya tidak mempunyai idea bernas untuk membantu rakyat dari aspek perumahan adalah tidak benar sama sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya