AFRIENA mahu perkasa anak muda Sungai Kandis - Utusan Malaysia

AFRIENA mahu perkasa anak muda Sungai Kandis

AFRIENA SHAQIRA SARIFF
AFRIENA SHAQIRA SARIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

PENGETAHUAN dalam bidang kejuruteraan awam menjadi antara kekuatan AFRIENA SHAQIRA SARIFF yang yakin dapat membuat perubahan dalam pelbagai aspek sekiranya diberi peluang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis.

Wartawan MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS berpeluang menemui calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi mendengar visi dan misinya.

 

UTUSAN: Apa masalah penduduk yang lazim dilihat Sungai Kandis sepanjang berkempen?
AFRIENA: paling banyak saya terima adalah mengenai isu pembuangan sampah, yang tidak diuruskan dengan baik. Akibatnya , Sungai Kandis menjadi kawasan hotspot kes demam denggi, malah ada penduduk mengadu ia menjadi punca, rumahnya sering dilanda banjir. 

Sekiranya diberi mandat, apa yang hendak dilakukan?
Menyuarakan mengenai isu pengurusan sampah yang tidak terurus tambah baik pengurusannya dapat ditambah baik. Saya hendak pastikan penduduk di sini dapat hidup dengan selesa tanpa memikirkan isu sampah ini selepas ini.

Dengan kepakaran dan kemahiran yang ada, apa yang dirasakan mampu diberikan kepada penduduk Sungai Kandis?
Sebagai graduan dalam bidang kejuruteraan awam, saya boleh mengkritik projek pembangunan. Saya mampu membuat teguran atau nasihat sekiranya melihat ada projek pembangunan bagi keselesaan penduduk.

Justeru, apa perubahan yang boleh dibuat?
Saya mahu membuka pusat mengumpul bakat (talent hub) bagi belia di kawasan ini menunjukkan bakat mereka bagi membolehkan mereka berpeluang cerah untuk mendapat pekerjaan yang bersesuain dengan mereka. Saya difahamkan ramai belia di Sungai Kandis ini masih lagi menganggur.

Apakah perkembangan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN)?
Alhamdulillah, saya mendapat maklum balas positif daripada penduduk yang saya jumpa. Ramai mahukan orang muda menjadi wakil mereka di Selangor. Insya-Allah kalau dipilih sebagai ADUN kawasan ini, saya akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan sehabis baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya