Tok Mat tentukan kerusi Kelantan, Terengganu - Utusan Malaysia

Tok Mat tentukan kerusi Kelantan, Terengganu

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan rundingan pembahagian kerusi di Kelantan dan Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diputuskan Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menjelaskan perkara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia termasuk kerusi yang dimenangi UMNO sebelum ini, sama ada mahu diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) atau sebaliknya.

“Saya menyerahkan kebijaksanaan perundingan ini kepada Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi BN (Mohamad) untuk menentukan bahawa kebijaksanaan itu diterjemahkan dengan sebaik-baiknya,” katanya selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-77 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas adakah UMNO bersedia memperuntukkan kerusi yang dimenanginya kepada PH, khususnya di negeri Kelantan dan Tenrengganu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, BN terbuka mendengar pandangan daripada PH dalam menentukan pembahagian kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN