Angkat sumpah Exco Melaka pada Rabu

Angkat sumpah Exco Melaka pada Rabu

AB. RAUF Yusoh mengimbas mesin perakam waktu di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Rabu ini selepas senarai nama yang dicadangkan dipersetujui Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ketika ini senarai nama tersebut tidak dapat diserahkan kepada Mohd. Ali kerana beliau masih berada di luar negara.

Menurutnya, senarai Exco yang mencerminkan kerajaan perpaduan seperti di peringkat Persekutuan disiapkan dalam tempoh 48 jam dan telah dibincangkan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Seperti mana yang saya janjikan senarai nama akan dilengkapkan dalam tempoh 48 jam, tetapi angkat sumpah akan diadakan pada Rabu.

“Saya telah berunding dengan Presiden semalam dan saya telah menerima senarai nama tersebut. Kemudian saya akan persembahkan kepada Yang Dipertua Negeri untuk diperkenankan setelah beliau pulang dari luar negara,” katanya kepada pemberita selepas mengimbas mesin perakam waktu di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari.

Tambah Ab. Rauf, komposisi parti politik sama ada melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) akan dimaklumkan kemudian.

Katanya, barisan yang dibentuk itu disifatkan sebagai cantik dan menarik.

“Portfolio ini saya sudah kata cantik dan menarik. Kalau saya beritahu awal nanti tidak seronok. Barisan baharu ini akan mengimbangi pentadbiran kerajaan negeri serta mengambil kira pendekatan seperti di peringkat Persekutuan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya