10 Exco Melaka selesai angkat sumpah, satu ADUN daripada PH

10 Exco Melaka selesai angkat sumpah, satu ADUN daripada PH

DARI kanan Rais Yasin, Abdul Razak Abdul Rahman, Muhamad Akmal Saleh, Fairul Nizam Roslan dan Kaslom Nordin mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu selesai mengangkat sumpah di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, sebentar tadi.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Bilik Mesyuarat Tun Fatimah, kira-kira pukul 8.40 pagi.

Berikut merupakan senarai penuh Exco Melaka di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Melaka Ke-13, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh:

1. DATUK SERI AB. RAUF YUSOH
Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET

2. DATUK RAIS YASIN
Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana

3. DATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya

4. DR. MUHAMAD AKMAL SALEH
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan

5. FAIRUL NIZAM ROSLAN
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital

6. DATUK KALSOM NORDIN
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti

7. VP. SHANMUGAM
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO

8. NGWE HEE SEM
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan

9. DATUK HAMEED MYTHEEN KUNJU BASHEER
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan

10. SEAH SHOO CHIN (ADUN PH)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

11. DATUK RAHMAD MARIMAN
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya