Dr. Akmal sedia tanding jawatan Ketua Pemuda UMNO

Dr. Akmal sedia tanding jawatan Ketua Pemuda UMNO

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi mengisi portfolio yang tidak dipertahankan penyandangnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada pemilihan parti akan datang.

Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Beliau berkata, ini kerana terdapat permintaan daripada beberapa pimpinan dalam Pergerakan Pemuda UMNO yang memintanya bertanding jawatan tersebut.

“Saya setakat ini masih lagi belum membuat keputusan, seperti sedia maklum jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia memang telah dikosongkan, dikosongkan disebabkan Dr. Asyraf telah buat ketetapan bahawa beliau tidak akan bertanding.

“Ada rakan-rakan juga yang datang jumpa saya minta untuk bertanding, tetapi beri saya ruang dalam tempoh seminggu dua ini untuk saya buat keputusan dan insya-Allah yang pastinya, kita bersedia dengan apa sekalipun dan we are ready to fight,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Penjawat Awam Melaka 2023 di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Asyraf Wajdi tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti tahun ini.

Keputusan itu dibuat oleh pemimpin berusia 46 tahun itu sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, keputusan itu sudah dibuat pada malam hari mengundi PRU15 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah politik.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemilihan semua peringkat UMNO yang ditangguhkan sebelum ini dijangka diadakan sebelum 19 Mei 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya