Tun M orang pertama `demam' bila saya jadi PM 20 Nov. ini - Anwar - Utusan Malaysia

Tun M orang pertama `demam’ bila saya jadi PM 20 Nov. ini – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada berseloroh berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi orang pertama yang ‘demam’ apabila beliau diangkat menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun kata Anwar, beliau sentiasa mendoakan kesihatan buat bekas Perdana Menteri yang kini Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu yang pernah menjadi sekutu PH ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Beliau demam kalau Anwar naik jadi PM pada 20 November nanti.

“Walau bagaimanapun, saya tetap mendoakan beliau sentiasa sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ceramah Jelajah Mega Harapan di pekarangan Ekspo Seberang Jaya, di sini malam tadi.

Ceramah itu turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Anwar yakin PH dapat memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen sekali gus dapat membentuk kerajaan pada PRU15.

Katanya, beliau juga mengambil risiko besar bertanding di kerusi Parlimen Tambun yang mana langkah itu dibuat bagi memastikan kemenangan dapat berpihak kepada PH.

“Di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, kubu-kubu kita kekal kuat dan saya akan bawa obor menyerang Perak untuk meluaskan kuasa gabungan parti kita.

“Insya-Allah, kita dapat sekurang-kurangnya 112 kerusi tetapi kubu kita di Permatang Pauh, Batu Kawan dan Nibong Tebal kena kekal (menang).

“Dua kawasan yang tidak berhasil (Kepala Batas dan Tasek Gelugor) mesti kita tawan bagi membolehkan kita jadi pemerintah dan boleh saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 20 November nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya