Tun Ali, Mohd. Ridhwan mengundi di SK Datuk Demang Hussin

Tun Ali, Mohd. Ridhwan mengundi di SK Datuk Demang Hussin

MOHD. ALI Mohd. Rustam dan Asmah Ab. Rahman mengundi di SK Datuk Demang Hussin, Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Ab. Rahman melaksanakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Demang Hussin, Bukit Katil bagi Parlimen Hang Tuah Jaya di sini hari ini.

Mohd. Ali dan isteri tiba pukul 10.10 pagi tadi menaiki kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih.

Selepas mendaftar, beliau dan isteri ke saluran satu bagi proses membuang undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, anak sulung Mohd. Ali yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali dan isteri, Datin Dr. Nur Azieha Mohd. Ali turut mengundi di sekolah sama.

Mohd. Ridhwan yang memakai baju Melayu berwarna biru dan isteri tiba di SK Datuk Demang Hussin kira-kira pukul 8.40 pagi. Beliau mengundi di saluran empat manakala isterinya di saluran lima.

Sementara itu, dua calon lain di kerusi itu, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh daripada Gerakan Tanah Air (GTA) dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Azrudin Md. Idris pula mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru.

Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Adam Adli Abd. Halim menunaikan tanggungjawab mengundi di Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya