Tugas pertama Shahril Hamdan, bantu lima ADUN jika menang PRU15 - Utusan Malaysia

Tugas pertama Shahril Hamdan, bantu lima ADUN jika menang PRU15

SHAHRIL SUFIAN Hamdan berucap semasa Program Suara Hati Orang Muda Alor Gajah di Rembia, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Membantu lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Alor Gajah menyelesaikan masalah penduduk menjadi keutamaan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan, Shahril Sufian Hamdan jika mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Shahril berkata, ia adalah perkara pertama akan dilakukannya dengan membantu kesemua ADUN di Asahan, Gadek, Durian Tunggal, Rembia dan Machap Jaya.

Katanya, antara perkara utama berkaitan keperluan rakyat adalah membaik pulih masjid dan surau, menaiktaraf sistem perparitan yang menjadi punca banjir serta beberapa masalah lain.

“Jika saya mendapat kepercayaan daripada 93,000 pengundi di Alor Gajah, keutamaan dua bulan pertama itu saya akan membantu kesemua ADUN di sini.

“Ini saya lihat sebagai keperluan mendesak yang harus diberi keutamaan di sebalik 13 perkara dalam manifesto yang saya tawarkan itu adalah dalam tempoh lima tahun.

“Saya perlu bantu semua ADUN ini terutama untuk mendapat kelulusan peruntukan, inilah perkara yang disuarakan, keperluan yang amat penting membantu rakyat,” katanya selepas melancarkan manifesto yang mengandungi 13 tawaran di Pejabat UMNO Bahagian Alor Gajah di Selandar di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Shahril menetapkan lima petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai manifesto bagi membolehkan masyarakat menilai prestasinya sebagai wakil rakyat, jika mendapat mandat pada PRU15.

Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata, lima KPI tersebut boleh diukur dalam tempoh enam bulan, setahun, empat tahun dan lima tahun.

Tambah Shahril lagi, kesemua yang terkandung dalam manifesto itu adalah hasil perbincangan dengan semua komponen BN dan ADUN di kawasan berkenaan.

“Saya juga mengamati keperluan rakyat sehingga manifesto ini perlu dibentangkan setelah manifesto Perancangan Amal dan Usaha BN Untuk Malaysia (Padu) dilancarkan di peringkat pusat. Ia adalah selari dengan matlamat dan aspirasi Padu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya