Teruskan agenda bantu rakyat, pulih ekonomi - PH Melaka

Teruskan agenda bantu rakyat, pulih ekonomi – PH Melaka

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan perpaduan yang dibentuk selepas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 diharap dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, rakyat ketika ini terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan pelantikan Anwar sebagai ketua kerajaan wajib meneruskan agenda membantu rakyat.

Katanya, susulan pelantikan itu juga keyakinan para pelabur semakin tinggi sekali gus dilihat akan memacu ekonomi negara.

“Kita harap kerajaan yang dibentuk nanti dapat menunaikan tanggungjawab kepada negara, kerana kita tahu rakyat sedang menghadapi bebanan kos sara hidup. Kita harap dengan pelantikan itu, beliau (Anwar) dapat meneruskan agenda membantu rakyat.

“Keduanya akan meningkatkan ekonomi. Kita tahu bahawa (pelantikan) Anwar akan membawa kepada keyakinan pelaburan dan kestabilan negara yang lebih kukuh. Justeru, para pelabur akan lebih yakin untuk melabur dalam negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Anwar yang juga Pengerusi PH selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10, petang Khamis lalu.

Istiadat angkat sumpah berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas tiada gabungan parti meraih kemenangan dengan majoriti mudah.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau dipilih menyertai Kabinet, Ahli Parlimen Alor Gajah itu menyerahkan sepenuhnya kepada pertimbangan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya