Saifuddin dakwa BN Pahang tamak tuntut Menteri Besar, tujuh exco - Utusan Malaysia

Saifuddin dakwa BN Pahang tamak tuntut Menteri Besar, tujuh exco

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang mendakwa Barisan Nasional (BN) tamak kerana mahukan jawatan Menteri Besar selain tujuh kerusi exco sekiranya membentuk kerajaan negeri bersama gabungan tersebut.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mendakwa, tidak hanya itu, malah BN Pahang hanya bersetuju memberikan satu kerusi exco sahaja kepada parti tersebut.

Dakwanya, perkara itu membuktikan bahawa BN bersifat tamak dan mahu mengenepikan mandat rakyat.

“Parti yang menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah PN. Itulah kehendak rakyat yang perlu dihormati.

“Sejak awal, PN sedia berunding untuk membentuk kerajaan Pahang tetapi bukan dengan PH yang membawa agenda yang bertentangan dengan kepentingan rakyat.

“Tetapi BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi exco dan hanya setuju berikan PN satu kerusi exco sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu lalu, PN Pahang menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), BN 16 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi sekali gus tiada parti yang memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Mana-mana parti perlu menang 22 kerusi DUN untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Justeru itu, ia bergantung kepada rundingan yang dilakukan tiga parti berkenaan iaitu PN, BN dan PH dalam membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut, Saifuddin mendakwa, beliau tidak tahu apa gula-gula ‘pelincir’ yang PH setuju tawarkan kepada BN.

“Saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya