PRU15: Yee Fung cabar Tze Tzin berdebat di Bayan Baru - Utusan Malaysia

PRU15: Yee Fung cabar Tze Tzin berdebat di Bayan Baru

SAW YEE FUNG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Bayan Baru, Saw Yee Fung mencabar calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi berkenaan daripada PKR, Sim Tze Tzin untuk berdebat berhubung isu dan dasar yang diperjuangkan di kawasan itu.

Yee Fung berkata, debat terbuka itu bagi membolehkan pengundi meneliti naratif dan perancangan politik kedua-dua belah pihak sebelum membuat pilihan pada hari pengundian kelak.

”Kita akan menghantar surat jemputan kepada pihak lawan dalam masa terdekat.

“Waktu serta lokasinya akan dimuktamadkan setelah wakil kedua-dua pihak mengadakan rundingan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini, Yee Fung bakal berdepan saingan enam penjuru dalam merebut kerusi itu yang mana pada PRU14, Tze Tzin menang dengan majoriti 37,751 undi selepas memperoleh 51,555 undi.

Menurut Yee Fung, kedua-dua belah pihak boleh berdebat secara rasional dalam bahasa Melayu atau Mandarin dan berharap dapat menyampaikan visi dan pandangan masing-masing dengan jelas.

Tambahnya, beliau juga meminta media atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bebas menjadi moderator debat terbuka itu sekiranya pelawaannya diterima Tze Tzin.

”Jika debat ini menjadi kenyataan, pengundi-pengundi boleh hadir dan bertanyakan secara terus kepada calon yang bertanding demi masa depan Bayan Baru yang lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya