PRU15: Tiada sebab BN ditolak di Temerloh, tiga DUN - Mohd. Sharkar - Utusan Malaysia

PRU15: Tiada sebab BN ditolak di Temerloh, tiga DUN – Mohd. Sharkar

MOHD. SHARKAR Shamsudin (dua kanan) berdepan saingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini. - UTUSAN/NIK NAIZI HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Tidak ada sebab yang munasabah untuk Barisan Nasional (BN) ditolak oleh pengundi di Parlimen Temerloh dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Calon BN Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, ini kerana UMNO dan kerajaan Pahang sentiasa prihatin terhadap aspek kebajikan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, keprihatinan itu termasuk ketika penduduk di kawasan tertentu di daerah ini ditimpa musibah banjir.

“UMNO dan BN tetap membantu mereka membabitkan pelbagai sudut, bantuan bekalan makanan termasuk pemindahan ke pusat perpindahan banjir.

“Begitu juga ketika kita semua dilanda Covid 19, kerajaan BN Pahang tetap mencari penyelesaian dan mengurangkan bebanan rakyat,” katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di sini hari ini.

Pada PRU15 ini, Mohd. Sharkar berdepan saingan empat penjuru ditentang calon Pakatan Harapan, Mohd. Hasbie Muda, Salamiah Mohd. Nor mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Aminuddin Yahaya dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Mohd. Sharkar berkata, kerajaan juga mengusahakan projek untuk penyelesaian masalah bekalan air di daerah ini dan sudah pun mendapat peruntukan sebanyak RM100 juta untuk perkara tersebut.

“Tunggulah nanti, sebab projek ini dalam proses di peringkat membuat reka bentuk dan akan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat di Temerloh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya