PRU15: Mohd. Sharkar garis sembilan Aspirasi Temerloh Baru - Utusan Malaysia

PRU15: Mohd. Sharkar garis sembilan Aspirasi Temerloh Baru

MOHD. SHARKAR Shamsudin (tengah) melancarkan Aspirasi Temerloh Baru sebagai aku janji jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Mentakab, Temerloh, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Hab pendidikan tinggi awam dan swasta termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diwujudkan di daerah ini di bawah Aspirasi Temerloh Baru.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, hab pendidikan tinggi merupakan salah satu daripada sembilan Aspirasi Temerloh Baru yang lebih maju dan berdaya saing.

Tambah beliau, hala tuju pembangunan daerah ini akan menjadi kenyataan jika Parlimen Temerloh kembali menjadi milik BN setelah 10 tahun berada di bawah Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya, selama dua penggal ditadbir oleh wakil rakyat daripada pembangkang, daerah Temerloh banyak ketinggalan membabitkan pelbagai aspek yang merugikan rakyat dan generasi masa depan.

“Oleh itu usaha membawa hasrat dan aspirasi, rakyat di kawasan ini perlu seorang wakil rakyat daripada BN untuk menyuarakan di parlimen.

“Rakyat terkesan selama dua penggal diwakili pembangkang, projek membabitkan peringkat Persekutuan banyak ketinggalan terutamanya seperti membangunkan hab pengajian tinggi,” katanya ketika melancarkan Aspirasi Temerloh Baru di Bangunan UMNO Mentakab di sini.

Mohd. Sharkar berkata, selain hab pendidikan, Aspirasi Temerloh Baru turut menggariskan Aspirasi Anak Muda, Aspirasi Kesihatan, Aspirasi Infrastruktur, Aspirasi Perniagaan, Aspirasi Sosial dan Kebajikan, Aspirasi Wanita, Aspirasi Smart City dan Aspirasi Pelancongan.

Beliau berkata, di bawah Aspirasi Smart City, sebuah bandar baru pintar akan dibina di tapak seluas 809 hektar yang sudah diluluskan kerajaan negeri di Mentakab Bypass.

“Turut akan dilaksanakan projek tebatan banjir di tebing Sungai Pahang dan Lembangan Sungai Semantan dari Kampung Batu Kapor ke Kuala Semantan membabitkan peruntukan RM400 juta di bawah Aspirasi Infrastruktur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya