KEPALA BATAS: Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH), Danial Abdul Majeed, 26, menjadi calon terawal tiba ke pusat penamaan calon P041 Parlimen Kepala Batas di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini, iaitu kira-kira pukul 8.30 pagi.
Beliau yang berbaju serba putih diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Turut mengiringi mereka ialah ahli keluarga Danial yang juga berpakaian serba putih serta kira-kira 100 orang penyokong Muda. – UTUSAN