Jangan cuba 'cucuk' kami - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Jangan cuba ‘cucuk’ kami – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID Hamidi memakaikan topi BN kepada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad sebagai simbolik merasmikan BN Comm Parlimen Tangga Batu dan melancarkan PDM Bukit Terendak Sungai Udang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak-pihak yang membuat spekulasi berhubung keputusan UMNO memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri, selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu berkata, keputusan dibuat UMNO dan BN adalah konsisten serta tidak berbelah bahagi untuk Naib Presiden UMNO itu diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10 kelak.

Tegas Ahmad Zahid, rakyat akan rugi jika tidak memilih BN kerana parti itu telah memerintah dengan sempurna sepanjang tempoh 62 tahun dan terbukti membina banyak kemajuan sejak selepas kemerdekaan.

“Apabila parti UMNO dan BN buat keputusan bahawa Perdana Menteri ialah beliau yang menjalankan tugas dengan baik di Putrajaya sekarang ini.

“Jangan timbul spekulasi, jangan timbul ramalan, jangan ada yang cucuk mencucuk kerana di kalangan kami, we have no problem at all,” katanya semasa berucap merasmikan BN Comm Parlimen Tangga Batu serta melancarkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, Sungai Udang di sini hari ini.

Berbaki kira-kira lapan hari sebelum hari mengundi pada 19 November ini, parti lawan terus membuat spekulasi mendakwa, Ahmad Zahid akan dilantik sebagai Perdana Menteri seandainya UMNO dan BN memenangi PRU15.

April lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah membuat keputusan menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

Terdahulu, Ahmad Zahid melakukan lawatan meninjau persiapan jentera BN di Parlimen Masjid Tanah disusuli dengan Tangga Batu dan Hang Tuah Jaya.

Dalam pada itu, Presiden UMNO itu menambah, mengikut kajian Jalinan Rakyat (JR) di seluruh negara, BN dilaporkan semakin menghampiri kemenangan.

“Saya ingin beritahu kita (BN) sudah hampir ke garisan kemenangan untuk menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya