Gelombang sokongan rakyat terhadap PN semakin hangat - Utusan Malaysia

Gelombang sokongan rakyat terhadap PN semakin hangat

ABDUL HADI Awang (tengah) bersama penyokong Perikatan Nasional (PN) dalam program Santai Temu Rakyat di Esplanade Temerloh di Temerloh, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Gelombang penerimaan rakyat terhadap gagasan Perikatan Nasional (PN) semakin terasa dan mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang berkata, prinsip perjuangan Pas dalam PN jelas menjanjikan pemimpin bersih berwibawa dan kerajaan yang bebas rasuah serta mengutamakan rakyat.

Beliau berkata, aura PN turut menarik beberapa nama besar UMNO seperti Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib bertanding atas tiket PN.

“PRU15 adalah medan kepada rakyat untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang mampu membawa kemajuan dan keadilan serta kemakmuran,” katanya ketika berucap pada program santai temu rakyat di Esplanade Temerloh di sini hari ini.

Abdul Hadi turut menasihat pengundi supaya bijak memilih pemimpin dalam PRU15 supaya yang terpilih kelak bebas rasuah sekali gus dapat berbakti kepada rakyat dan negara.

Dalam pada itu beliau berkata, kedegilan UMNO menolak kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu0 dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) menjadi punca utama Pas memilih PN sebagai sekutu menghadapi PRU15 ini.

Menurutnya, Pas mahukan Bersatu dan beberapa parti lain di Sabah dalam MN sekali gus mewujudkan khemah besar menghadapi PRU15 tetapi UMNO tetap menolak.

“Kehendak Pas supaya Bersatu bersama MN dibuat atas prinsip penyatuan ummah tetapi UMNO menyifatkan parti pengkianat. Kalau nak diambil kira, Pas lebih lama bergaduh dengan UMNO tetapi Pas bersedia bersama demi penyatuan ummah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya