Fitnah SD palsu gagal lemahkan BN - Shahril Hamdan - Utusan Malaysia

Fitnah SD palsu gagal lemahkan BN – Shahril Hamdan

SHAHRIL SUFIAN Hamdan hadir ke rumah terbuka Deepavali anjuran Pengerusi MIC Melaka, V.P. Shanmugam di Gadek, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Keputusan untuk menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) diberikan mandat memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah keputusan parti, maka ia tidak akan berubah dan perlu dipatuhi semua pemimpin.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menjelaskan, seandainya spekulasi surat akuan bersumpah (SD) bagi memilih calon Perdana Menteri selain Ismail Sabri dijadikan senjata lawan untuk melemahkan BN, maka semua kepemimpinan dan ahli parti perlu sepakat menangkis tohmahan berkenaan.

Beliau yang juga calon BN di kerusi Parlimen Alor Gajah berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab mencipta SD palsu itu dianggap terdesak dan berniat jahat.

“Perkara-perkara begitu tidak ada kena-mengena hendak menggugurkan mana-mana kes mahkamah, jauh sekali menamakan calon Perdana Menteri lain.

“Daripada keputusan parti yang jelas iaitu BN jika diberi mandat, nama yang diangkat untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong adalah Perdana Menteri sedia ada iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Itu adalah keputusan parti dan saya yakin keseluruhan kepimpinan parti termasuk Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkali-kali sudah bercakap inilah keputusan parti yang akan dipatuhi dan dibawa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran Pengerusi MIC Melaka, V.P. Shanmugam di Gadek di sini, malam tadi.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Ismail Sabri berkata, beliau masih kekal calon Perdana Menteri dan poster boy BN pada PRU15.

Perdana Menteri berkata, perkara itu jelas diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 serta keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, April lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya