Bukan keputusan semberono letak Ban Hong, Shahril Hamdan - Utusan Malaysia

Bukan keputusan semberono letak Ban Hong, Shahril Hamdan

WEE Ka Siong, Lim Ban Hong dan Shahril Sufian Hamdan menyantuni peniaga di Pasar Malam Kampung Lereh, Tangga Batu, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pertukaran kerusi tradisi MCA dari Parlimen Alor Gajah ke Parlimen Tangga Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak dibuat secara semberono, kata Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu dan Alor Gajah, Badan Perhubungan UMNO negeri, komponen MCA dan MIC sebelum ia dimuktamadkan di peringkat kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, pertukaran dibuat selepas menilai komposisi kaum di kedua-dua kerusi tiada perbezaan, selain perkara itu sudah lama dibincangkan sebelum pembubaran Parlimen lagi.

“Memang kita sudah bincang lama pertukaran dua kerusi ini antara MCA dan UMNO, kalau kita
melakukan sesuatu percaturan secara lebih teratur, banyak perkara dapat kita nilai apabila memilih dua calon ini.

“Saya kenal emak Shahril Sufian Hamdan, begitu juga datuknya berasal dari Jasin iaitu kampung saya juga, jadi saya tahu keluarga dia mempunyai satu latar belakang, orang yang mempunyai hubung kait dengan Melaka.

“Bagi calon di Tangga Batu iaitu Datuk Lim Ban Hong adalah anak tempatan yang sememangnya beliau begitu dikenali seluruh pengundi di sini, kerana beliau sudah berkhidmat begitu lama sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni pengundi bersama Shahril dan Ban Hong di Pasar Malam Kampung Lereh, Tangga Batu di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, Shahril dilihat mampu diterima masyarakat di Alor Gajah berdasarkan latar belakangnya sebagai pemimpin muda yang progresif, dinamik, petah bercakap dan mempunyai pendidikan tinggi.

Jelasnya, tidak mudah untuk mencari seorang pemimpin muda sepertinya kerana beliau adalah
Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Ketua Penerangan UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO.

“Shahril bukan calang-calang orang yang sanggup bertanding di kerusi panas kerana bakal berdepan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mewakili Pakatan Harapan (PH) dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) juga penyandang, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya