BN ikhlas bantu rakyat Temerloh ketika bencana - Mohd. Sharkar - Utusan Malaysia

BN ikhlas bantu rakyat Temerloh ketika bencana – Mohd. Sharkar

MOHD. SHARKAR Shamsudin (dua dari kiri) menyantuni pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India di Mentakab, Temerloh, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Rakyat di daerah ini perlu bijak menilai parti politik mana yang benar-benar membantu ketika mereka dilanda bencana terutama musibah banjir dan Covid-19 sebelum ini.

Calon BN Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, biarpun tewas di Temerloh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun pimpinan BN di sini tidak mengabaikan kebajikan dan kesusahan dialami rakyat.

Ini kerana katanya, perjuangan politik mereka adalah membantu rakyat dan ia dilakukan secara ikhlas tanpa mengenal erti jemu serta penat.

“Rakyat Temerloh saya percaya mereka bijak menilai parti politik mana yang benar-benar membantu ketika rakyat dilanda musibah seperti banjir dan Covid-19.

“Hakikatnya kita bukan hanya muncul apabila tiba musim pilihan raya tapi kita turun padang berterusan bagi membantu rakyat,” katanya di Mentakab di sini semalam.

Pada PRU15 ini, Mohd. Sharkar berdepan saingan empat penjuru ditentang calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Hasbie Muda, Salamiah Mohd. Nor mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Aminuddin Yahaya dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, wakil rakyat orang luar yang pernah mewakili Parlimen Temerloh sebelum ini didakwa gagal menjiwai denyut nadi penduduk di sini.

Beliau berkata, mereka jarang berada di kawasan sebelum ini sekali gus kurang mendekati rakyat.

“Dua penggal Parlimen Temerloh diwakili pembangkang, suara rakyat tidak pernah didengari kerana mereka bukan orang asal Temerloh dan tidak menjiwai Temerloh.

“Mood inginkan perubahan semakin meningkat dan rakyat kini melihat rekod lampau seseorang pemimpin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya