Beri peluang calon BN wakili rakyat di Indera Mahkota, Semambu - Utusan Malaysia

Beri peluang calon BN wakili rakyat di Indera Mahkota, Semambu

WAN ROSDY Wan Ismail (tiga dari kanan) diikuti Quek Tai Seong (dua, dari kiri) ketika program ramah mesra bersama penduduk di Dewan Badminton Cenderawasih Timur di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengundi di Parlimen Indera Mahkota dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu diminta memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, calon BN Parlimen Indera Mahkota, Datuk Quek Tai Seong dan DUN Semambu, Khairul Hisham Omar merupakan calon berwibawa dan diyakini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kedua-dua calon yang kita (BN) ketengahkan ini cukup dikenali dalam kalangan masyarakat setempat. Mereka ini ingin berkhidmat kepada masyarakat setempat dan saya fikir pengundi di Indera Mahkota dan Semambu harus beri peluang kepada mereka.

“Saya yakin mereka dapat bekerja dengan kuat dan baik, lihat sahaja kempen yang dilakukan tanpa penat lelah untuk tawar khidmat. Bagilah peluang untuk mewakili suara kita,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Badminton Cenderawasih Timur di sini hari ini.

Mengulas tentang kempen PRU15, beliau berkata, setakat ini rakyat di negeri ini memberi maklum balas dan sambutan yang baik terhadap BN sekali gus memberi keyakinan bahawa sokongan diperoleh parti itu semakin meningkat.

“Ini menunjukkan sokongan mereka kepada kepimpinan kerajaan terdahulu masih baik dan saya harap supaya perkara seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Kalau kerajaan dahulu tidak berbuat apa-apa termasuk tidak ada aktiviti sama ada kebajikan dan sebagainya… tidak mungkin mereka akan memberikan sokongan yang terbaik.

“Bagi saya ini jelas menunjukkan satu dorongan terhadap apa yang kerajaan negeri telah buat selama ini dan pastinya kita lanjutkan lagi di penggal yang akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya