Ban Hong lancar manifesto selesai kesesakan jalan raya, isu nelayan - Utusan Malaysia

Ban Hong lancar manifesto selesai kesesakan jalan raya, isu nelayan

LIM Ban Hong menunjukkan manifesto yang mengandungi 15 perkara ditawarkan semasa pelancaran di Bilik Gerakan MCA Parlimen Tangga Batu, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Usaha menyelesaikan masalah pampasan nelayan melibatkan hampir 300 individu dari Klebang hingga ke Pantai Puteri, merupakan antara 15 perkara terkandung dalam manifesto calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Tangga Batu, Datuk Lim Ban Hong.

Beliau berkata, beberapa isu nelayan berkaitan penambahbaikan fasiliti dan infrastruktur seperti
membaik pulih jeti di Klebang Besar dan Sungai Lereh serta membina penempatan pangkalan baharu di Pantai Puteri akan diberi tumpuan, jika BN menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua nelayan terlibat bagi mendengar segala permasalahan yang timbul.

“Selain isu nelayan, kita juga akan memperkasa rancangan tebatan banjir (RTB) termasuk menaik taraf sistem perparitan, kolam takungan air sebagai usaha menangani banjir kilat yang
kerap berlaku di daerah ini.

“Menambah baik sistem pengangkutan dan penyuraian trafik sebagai pendekatan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan tumpuan pelancong di Dataran 1Malaysia Klebang dan memperluaskan liputan jalur lebar terutama di kawasan luar bandar.

“Menyelenggara tempat pelupusan sampah Sungai Udang serta mempercepatkan pembinaan insinerator pelupusan sampah, menaik taraf sistem pengairan di kawasan sawah padi dan tanaman adalah antara lima teras utama terkandung dalam aku janji manifesto ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Aku Janji Manifesto Parlimen Tangga Batu di Bilik Gerakan MCA Parlimen Tangga Batu di sini, hari ini.

Tambah Ban Hong, perkara tersebut menjadi teras utama manifestonya selepas menerima banyak aduan orang ramai termasuk nelayan, sepanjang tempoh enam hari berkempen.

Menurutnya, dua perkara utama sering diluahkan penduduk adalah berkaitan kesesakan jalan raya dari Klebang hingga Sungai Udang, akibat pertambahan kenderaan selepas pandemik Covid-19 serta pembinaan insinerator.

“Kita tahu Klebang kini menjadi pusat tumpuan pelancong terutama cuti hujung minggu atau cuti
perayaan menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya yang sangat serius,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya