4 penjuru di Parlimen Nibong Tebal - Utusan Malaysia

4 penjuru di Parlimen Nibong Tebal

CALON BN kerusi Parlimen Nibong Tebal, RS Thanenthiran (tengah) tiba di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai empat calon akan bertanding bagi kerusi Parlimen Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya P047 Parlimen Nibong Tebal, Marlia Mohd. Belia berkata, calon-calon layak bertanding ialah Datuk Seri RS Thanenthiran (BN-MMSP): Datuk Mansor Othman (PN-Bersatu): Fadhilah Sidek (PH-PKR) dan Goh Kheng Huat (Bebas).

“Saya telah menyemak kertas-kertas pencalonan tersebut dan berpuas hati (proses menyemak kertas pencalonan).

“Dengan ini, saya memutuskan tiada calon yang ditolak keras penamaannya,” katanya selepas selesai proses penamaan calon pagi ini.

Terdahulu, calon BN Thanenthiran, 59, tiba di pejabat cawangan UMNO Nibong Tebal, Jawi sekitar jam 8.36 pagi sambil diiringi Ketua Bahagian UMNO Cawangan Nibong Tebal Datuk Shafie Kassim sebelum mengadakan perarakan bersama hampir 400 penyokong ke Dewan Serbaguna Jawi, di sini bagi menghantar borang pencalonan.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Nibong Tebal dimenangi Mansor yang ketika itu bertanding atas tiket PKR dengan undi sebanyak 35,395 menewaskan Datuk Shaik Hussein Mydin (BN) yang mendapat 19,578 undi manakala Mohd. Helmi Harun (Pas) memperoleh 6,875 undi dan Tan Tee Beng (Bebas) mendapat 331 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya