2 calon Bebas turut serah borang pencalonan di Parlimen Balik Pulau - Utusan Malaysia

2 calon Bebas turut serah borang pencalonan di Parlimen Balik Pulau

SABARUDDIN AHMAD dan JOHNY CH'NG EWE GEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seramai dua calon Bebas bakal menyerikan persaingan merebut kerusi Parlimen Balik Pulau selepas kedua-duanya selesai menyerahkan borang pendaftaran calon di pusat penamaan calon di Politeknik Balik Pulau di sini hari ini.

Kedua-dua mereka ialah Datuk Seri Sabaruddin Ahmad dan Datuk Johnny Ch’ng Ewe Gee.

Tepat pukul 10 pagi tadi, pusat penamaan calon bagi Parlimen Balik Pulau telah ditutup dengan sebanyak enam borang pencalonan diterima termasuk daripada calon BN (UMNO); PH (PKR); PN (Bersatu), GTA dan dua calon Bebas.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Balik Pulau dimenangi Datuk Muhammad Bakhtiar (PH) dengan majoriti 6,464 undi selepas mendapat 25,471 undi menewaskan dua pencabarnya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN) yang memperoleh 19,007 undi manakala calon Pas, Muhammad Imran Muhamad Saad (5,298 undi). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya