KUANTAN: Seramai 12,468 pengundi awal di negeri ini keluar menunaikan tanggungjawab mereka, setakat pukul 1 petang hari hari ini.
Jumlah itu melibatkan 73.8 peratus dari keseluruhan 16,893 pengundi awal yang berdaftar di negeri ini.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata, kesemua pengundi awal itu terdiri dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Pekan mencatatkan jumlah pengundi awal tertinggi iaitu seramai 5,459 anggota ATM dan 358 anggota PDRM di bawah parlimen terbabit telah keluar mengundi.
“Ia diikuti Temerloh dengan seramai 1,729 anggota ATM dan 487 anggota PDRM serta Bentong dengan 1,707 anggota ATM dan 255 anggota PDRM telah keluar mengundi.
“Kuala Krau mencatatkan jumlah pengubdi awal paling rendah iaitu 43 orang diikuti Maran iaitu 213 orang yang mana kedua-duanya hanya melibatkan anggota PDRM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zamree berkata, Parlimen Indera Mahkota pula mencatatkan jumlah pengundi awal dalam kalangan anggota PDRM paling tinggi iaitu sebanyak 1,157 orang. – UTUSAN