Pemimpin politik desak PRU15 ‘kemaruk kuasa’ - Utusan Malaysia

Pemimpin politik desak PRU15 ‘kemaruk kuasa’

MOHD. Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita di Festival Kelantan Jepun 2022 di Mydin Tunjong, Kota Bharu hari ini. - FOTO/UTUSAN ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemimpin politik yang mendesak supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) dengan segera dianggap ‘kemaruk kuasa’.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, walaupun desakan itu terus dibuat, tetapi, keputusan selanjutnya akan diumumkan nanti.

Katanya, PRU-15 juga tidak perlu dibuat secara terburu-buru.

“Pihak kita ( Pas) bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kalau bubar, bubarlah dan saya berpandangan baik tunggu habis penggal.

“Saya rasa baik bagi peluang kepada beliau (Ismail Sabri) dan kita tunggu keputusan dan dalam Kabinet nanti.

“Kalau buat sekarang ni, orang tak nampak kesan dia,” katanya ketika ditemui pemberita pada Festival Kelantan Jepun 2022 di Mydin Tunjong, Kota Bharu hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, mereka juga sepatutnya memberi peluang dahulu kepada pimpinan baru Ismail Sabri.

“Walaupun mereka mendesak, tetapi jika tidak berubah, maka ia tidak berubah. Lagi pun banyak benda Ismail Sabri nak buat,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN