Kilang ROHM-Wako ambil 3,000 pekerja baru rakyat Kelantan - Utusan Malaysia

Kilang ROHM-Wako ambil 3,000 pekerja baru rakyat Kelantan

MOHD.Amar Nik Abdullah (dua dari kanan) bersama Ambassador Takahashi (kanan) melihat wau di gerai Festival Kelantan Jepun 2022 di Mydin Tunjong, Kota Bharu hari ini.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU- Projek penambahan bangunan kilang ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (RWEM) yang beroperasi di Pengkalan Chepa di sini dijangka membuka peluang pekerjaan kepada 3,000 rakyat negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana kerajaan negeri mempunyai hubungan dua hala yang baik dengan syarikat-syarikat Jepun.

“Kita akui di peringkat dahulu, pernah ada cadangan pihak ROHM-Wako untuk keluar dari Kelantan. Tapi, hasil daripada hubungan kita yang baik akhirnya kilang itu menetap di sini dan tambah lagi bangunan baharu yang sedang dalam pembinaan dengan kos bernilai RM910 juta.

“Setakat ini, jumlah pekerja adalah seramai 2,000 orang dan apabila siap nanti, seramai 3,000 pekerja baharu akan berada di situ,” katanya ketika ditemui pemberita pada Festival Kelantan Jepun 2022 di Mydin Tunjong, Kota Bharu hari ini.

Hadir sama Pengerusi Perpaduan Masyarakat Kebudayaan Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Ab. Rahman dan Duta Besar Jepun Ambassador Takahashi.

Rombongan dari Jepun itu juga dianggap sebagai kunjungan balas daripada pihak berkenaan selepas dua tahun negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengulas lanjut Mohd. Amar berkata, kewujudan kilang tersebut secara tidak langsung akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi di samping menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur lain.

Malah katanya, Kota Bharu dan Kasaoka, Jepun juga dipanggil bandar berkembar.

“Bila tengok syarikat besar macam ini (ROHM-Wako) boleh bertahan. Orang lain pun nak datang.

“ROHM-Wako turut mempunyai beberapa cawangan di Indonesia dan Eropah. Ini antara yang terbaik daripada segi kualiti,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya